Skip to main content

Posts

Ramadhan Datang Lagi...

Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan ramadhan, bulan yang penuh rahmah dan barakah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Niatku agar ramadhan kali ini lebih baik dan yang terbaik dari yang sebelumnya. Belum tentu diri ini akan menemui lagi ramadhan yang seterusnya... Sesungguhnya kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah kerana memberi peluang indah ini untuk kami membekalkan diri kami dengan amalan dan juga ganjaran berlipat kali ganda dengan setiap amalan baik yang kami lakukan. Semoga kami mengambil peluang ini untuk bersolat malam, terawikh, berzikir, bersedekah dan berpuasa dengan sebenar-benarnya dan dengan penuh penghayatan. Bukan tidak boleh kita bersolat malam, bersedekah dan berpuasa pada hari dan bulan yang lain tetapi amalan yang sama diatas tidak akan sama ganjarannya dengan Ramadhan.... Alangkah ruginya jika peluang ini tidak dimanfaatkan. Ya Allah, berilah kami kekuatan mental dan fizikal untuk kami menyempurnakan ibadah kami di bulan yang...

Yang Maha Pemurah

Selepas email yang kudapat sebentar tadi, terus air mataku mengalir deras. Ya Allah, tidak dapat kugambarkan dan tidak dapat kurungkaikan dengan kata-kata... betapa engkaulah yang maha pemurah. Sungguh, aku terharu, bersyukur tak terhingga dan terpana seketika. Tapi itulah, bila situasi yang sama menimpa kepada anda, memang tak dapat digambarkan kemurahan Mu Ya Allah, melangkaui apa yang kita fikirkan. Apa yang kuharapkan agar hambamu ini terus dan sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang engkau kurniakan kepada kami....

pemergianmu suatu kehilangan

Tiada lagi seorang kakak yang amat mengambil berat, yang begitu memahami dan juga yang berkongsi minat dan masalah. Tiada lagi seorang 'ibu' kepada dua anakku yang begitu rapat dengan mereka. Ibu yang selalu manjakan kakak dan adik. Kakak amat merinduimu kerana mungkin kerana ibu tempat dia meluahkan ketidak puasan hatinya. Betapa kami amat merinduimu kak pi... kerana hampir setiap hari kami bersamamu, berborak dan bergurau. Al-fatihah untukmu yang jauh di sana. Semoga kak pi ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan diampunkan segala dosa-dosa. Semoga pemergianmu juga memberi kami suatu pengajaran, pedoman dan juga keinsafan ke arah yang lebih baik.

Perpustakaan Awam Shah Alam

Dulu-dulu aku selalu lepak kat library ni sorang-sorang sambil mencari bahan untuk menulis. Tapi masa itu, library ni masih lagi di tengah bandar shah alam. Sekarang Perpustakaan Raja Uda ni dah dipindahkan dalam kawasan kelab golf. Kelab Golf Raja... alamak soriii aku lupa sangat. Anak-anak suka datang sini sebab yang bahagian kana-kanak cantik hiasannya dan ramai budaknya. So diorang pun excited nak baca buku bila tengok kanak-kanak lain pun baca buku. Yang si isya pula suka masuk aktiviti yang diadakan pada setiap hujung minggu di sini, Kadang-kadang melukis, kadang-kadang mengeja dan macam-macam dan yang pasti adalah hadiah kecil sebagai saguhati. Yang pasti aku tak adalah nak tinggal sangat diorang ni, kena lah temankan juga diorang baca buku. Untuk parents pun ada disediakan buku dibahagian kanak-kanak. Seingat aku tingkat 2 ada bahagian remaja, tingkat 3 bahagian dewasa dan tingkat seterusnya bahagian rujukan. Emmm cuma problem kat sini parking je, yang lain seronok je....

dah kul 7?

Masih lagi di office? Entahlah, rasanya ramai yang kebiasaannya macam ni. Pukul 7 masih lagi di office hingga 9 or 10 menyiapkan kerja kan. Untuk yang bujang rasanya tak de lah masalah sgt tapi untuk ibu-ibu macam aku nih, tak ke kesian anak-anak yang menunggu. Esoknya, pagi-pagi dah kena hantar balik sekolah. Sekejapnya masa bersama anak-anak. Satu lagi kesian mak mertua yang penat melayan kerenah anak-anakku. Kalau lambat balik, lambatnya dia nak merehatkan badan. Kadang-kadang kufikir macam mementingkan diri pulak, tapi apa yang boleh kulakukan, hari-hari menangguhkan kerja lagilah melambung-lambung nanti kerja. Oklah, i will stop now. Jom balik!!

Tesco Puchong

Berdikari sikit, itulah gambaran dua beradik ni. Biasanya makan kat tempat lain tak de plak diorang mintak nak makan sendiri. Tapi kat sini, agaknya tengok makanan khas untuk kanak-kanak terus nak je. Apa pun enjoy ur late breakfast guys hehe...

Hari Sukan

Wah, seronok kakak isya menang. Aku pun tumpang seronok mengikuti hari sukan sekolah anak sulungku. Melihat keletah dan gelagat budak-budak 5 & 6 tahun membuatkan semua ibubapa ketawa seronok. Tahun depan kita main dan menang lagi ye kakak.