Skip to main content

Posts

Aku Tanpa Cintamu

Cinta (al-hubb)??? Ramai yang keliru tentang cinta sebenarnya.. Sebut saja cinta semua dah terbayang seorang lelaki dan perempuan (muda mudi) yang belum berkahwin, yang berpegangan tangan... yang sanggup mati kerana cinta. Malah sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta. Apa, tidak layakkah jika orang yang telah berkahwin pun bercinta? Tidak layakkah nenek dan atuk kita bercinta? Cinta adalah suatu perasaan sayang yang teramat dalam kepada sesuatu. Cinta akan mengubah seseorang. Cinta akan mempengaruhi hidup kita. Cinta jualah yang akan menetukan ke mana hala tuju hidup kita di dunia dan cinta jua yang akan menentukan di mana kita di akhirat kelak. Besarnya peranan CINTA hingga manusia sanggup mati kerananya. Betapa hebatnya cinta ini kerana lebih 80 kali disebutnya dalam al-quran. Tetapi persoalannya adakah cinta kita itu adalah cinta kepada yang BERHAK? Sebelum bercinta, cari dulu orangnya, kenal dulu siapa yang perlu menerima cinta kita dan yang penting, cinta kita...

Rindu

Bila namamu disebut seakan ingin menitis air mata ini Bila pengorbananmu mendayu di telinga gugur seakan tak tertahan air mata ini Ya Allah, sungguh agungnya kekasihMU ini, kerna hanya sedikit diri mengenalinya tak mampu kurungkai kerinduanku ini bagaimana sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dalam pengorbanan sucinya? Sungguh tak mampu untuk dirungkai bagaimana... bagaimana perasaan sahabat pabila tiba saat berpisah... berpisah dengan manusia agung ini.. Ya Rabb, hanya engkau yang mengerti Mulianya hati kekasihmu  Sayangnya kepada kami yang hina   Hanya engkau yang mampu membalas pengorbanannya Ya Rabb aku merayu kepadaMu.. tetapkan hati kami merinduinya, mencintainya dan mengikuti sunnahnya Biar diri ini terus merindu biar diri terus tersiksa menanggung rindu ini andai rindu ini membawa kepada syurgaMu Ya Rabb...  -musafir lalu- isnin 23 r.awal 1434 (4/2/13)

Biografi Agung Rasulullah SAW

Tajuk postku kali ini sebenarnya tajuk buku yang dikarang oleh ust Rusydi Ramli al-jauhari. memang best sangat dan bisa membuatkan air mata sentiasa gugur merindui kekasih Allah. Banyak sangat ilmu baru yang dapat kucedok dari buku ini, dan yang pasti menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah. Malah ia menjadi bukti cinta kita pada Rasulullah. Sangat-sangat digalakkan untuk anda memilikinya juga. Tak kenal maka tak cinta. Sedangkan kita wajib mencintai Rasulullah. Bahkan tidak sempurna iman seseorang muslim itu jika tidak mencintai Rasulullah lebih dari ahli keluarganya. Jom kawan-kawan.

Wangi tak kita?

contoh je ye, aku amik kat internet Ada tak orang yang sukakan bau 'busuk'? hehe... Kalau ada, sukar untuk kugambarkan apa yang berlaku pada orang tu. Sebab fitrah manusia adalah sukakan kepada wangi. Bau yang best, yang harum. Kalau tak, masakan minyak wangi (perfume) yang dijual, laku macam pisang goreng kan? Sesungguhnya Nabi kita Muhammad SAW amat menyukai wangian. Itulah yang amat disukai baginda dan Nabi kita sendiri sememangnya berbau harum dan wangi. Subhanallah, hanya Nabi kita yang mengeluarkan peluh yang wangi. Bayangkan peluh yang keluar dari badan seseorang di antara kita, wangi ke? errr, rasanya dari jauh dah berbau huhuhuhu... Antara wangian yang Rasulullah suka adaah kasturi dan raihan. Ada lagi yang lain tapi lupa pula, tadi aku dengar kuliah sebelum zuhur tadi dari sheikh apa ye (kelemahanku) yang selalu ada setiap kali sebelum waktu solat.  Rasulullah sentiasa memeakai wangian biarpun dirinya dah wangi. Baginda memakai wangian tiap kali untuk...

kolam renang precint 9

cantiknya, tapi aku tak berani lagi nak berenang kat laut huhuhu Sebelum ni aku penah cite kan, kelas swimmingku dah habis. So begitu jugalah aktiviti renangku. terkubur layu huhuhu... Just that today, aku tawakkal je demi untuk senaman, demi untuk mengingat kembali ilmu ini aku ke kolam renang precint 9. Kolam yang dulunya aku pernah coretkan 'menakutkan je' sebab tak ada orang. Hari ni, alhamdulillah, sampai je aku ke sana ada kawan-kawan yang sedang berenang. yehaaa... agak bersungguh-sungguh aku berenang selama sejam, penat wooo... at least bolehlah bakar lemakku sikit kot. hehehe. Semoga amalan ku ini akan berkekalan selepas ni, azamnya 3 kali seminggu sebab aku nak kuruskan badan yang dah makin gemuk ni. Well, let see... insyaallah.

Atasi Marah

Kuliah zohor yang baru kudengar tadi amat bagus sekali walaupun nampak simple dan hanya beberapa minit dihuraikan oleh ust radhi. Kat mana-mana dan situasi mana pun dunia sekarang ni saling tak lari dari sifat 'marah'. Masing-masing saling tidak sabar dan segala-gala sudah kurang toleransi, even dengan anak-anak kecil pun kita dah tak sabar. Malah apa yang berlaku bar-baru ini juga adalah disebabkan sifat 'marah' bila mana ibu sanggup memukul anak kecilnya sehingga mati kerana anak kecilnya mematahkan lipstik barunya. Ya Allah, pelbagai dugaan dan cabaran berlaku dalam hidup kita sehari-hari tetapi kita lupa 'marah' itu sifat siapa? kita lupa marah adalah sesuatu yg diajar oleh syaitan. Lupakah kita bahawa Nabi kita sentiasa mengajr untuk kita 'bersabar' dan sentiasa 'memaafkan'. Itulah lawan kepada 'marah'. Aku pula yg berceramah di sini, sedang yg nak disampai hanyalah mutiara kata ust tadi. Cara-cara utk kita meghind...

Harapan Baru

Walaupun hanya sepatah kata yang diucapkan oleh kakak hari ini disekolahnya tapi mampu membuatkan aku rasa, aku tak silap memilih genius aulad. Mungkin aku teramat excited, tapi biarlah, biarlah aku menitipkan kegembiraan hati ibu ini... Alhamdulillah, awal-awal tahun lagi dah banyak yang positif aku dapat tengok dalam diri kakak. Suka berdoa, dah ada yang dia tahu pasal Nabi Muhammad (prophet) dan yang penting dia suka untuk ke sekolah. Hari ni, sampai sahaja di pintu bilik kelasnya dia terus memberikan salam dengan lantangnya kepada kawan-kawan dan mereka menyambutnya dengan penuh juga. Sungguh, dia dah makin matang dan aku suka melihat situasi itu. Begitu juga kawan-kawannya yang sporting dan tak lupa teacher yang mengajar, tq so much. Semoga selepas ini banyak lagi sesuatu yang positif akan berlaku, keep it up kakak. Moga jadi anak yang soleh untuk mama dan abah. Tq Allah.