Skip to main content

Posts

Bingkisan..

Tiada kata yg bisa mengukir apa yg ada di hati saat ini Tiada ayat yg dpt menyampaikan dgn sebenarnya apa kata hati ini Tatkala ayat-ayat sucimu begitu mendayu... Menggamit sesalan yg tak sudah2 Sesalan sesungguh rasa Malu yg tidak terhingga Mengenang turun naiknya iman dlm diri Malu diri ini tatkala berdua begini Malu mengenang hinanya diri Malu mengenang kepuraan diri Tanpa disedari Malu mengenang perasaan jahat dan ego yg sentiasa mengekori Malu mengenang sikat takabur yg sentiasa menghambat Malu mengenang diri yg terasa hebat Malu mengenang 'aku' sentiasa merasakan sesuatu itu 'milikku'... Seketika diri terlalu sensitif dgn kata- kata Terlalu sensitif dgn apa yg didengar Terus airmata mengalir deras.. bagai tidak dpt ditahan Ketakutan dan kekesalan menjelma Ya rabb, ini yg aku inginkan Hati yg sentiasa takut dgn kebesaranmu Dan menagih cintamu yg agung Biarlah diriku begini selamanya ya rabb... Aku tak ingin yg lain tapi cintamu.. Seketika cu...

How to train your dragon?

Movie animasi yang sangat best untuk ditonton dengan anak anak dan keluarga. Mama pun dah terikut ikut, cerita animasi dah jadi favourite mama. Apa yang penting cuba bercerita dengan anak anak pengajaran di sebalik sesuatu cerita tersebut. So at least tak adalah sekadar menonton dan tak tahu apa yang perlu dicedok dan apa yang tidak boleh ditiru.  Well, walaupun ianya fantasi je.... sedih pun ada ye. best! Apa yang menarik, walaupun dragon ni bukanlah haiwan yang senang nak bunuh atau apalagi nak dekat macam haiwan peliharaan tapi jika kena dengan teknik dan ada ilmu menjinakkan... tak ada yang tak bolehkan.  Dalam hidup kita, jangan sekalikali putus asa, jatuh.. bangun, jatuh, bangun lagi... timba ilmu lagi dan lagi. tiada yang mustahil jika sentiasa menuntut ilmu dan belajar apa yang kita nak capai. InsyaAllah, Allah akan tolong...  main character dalam movie ni 'hicup' seksinya dik! amboih kakak posing...

Club untuk anak di alamanda putrajaya

mari menconteng batik Ada club untuk kanak kanak di Alamanda Putarajaya. Untuk ibubapa yang tak tau nak buat aktiviti apa pada musim cuti sekolah, boleh bawak anak ke sini. Biasanya vikids club ni akan buat aktiviti dan program sempena cuti sekolah. So tak adalah anak boring sangat kalau tak bercuti ditempat jauh pun kan. Aktiviti kali  ni yang sempat diikut adalah menconteng batik... wah kecikkecik dah pandai ye. best!

Here I am

Setelah lama menyepi diri sibuk dengan dunia yang amat melekakan... dah berapa lama tinggalkan kelas pengajian setiap pagi. Dah berapa lama tinggalkan tulisan yang kurasa begitu memberi nilai diri untuk akhirat... here I am... manusia paling sedih saat ini. Ya Allah, segala-galanya adalah ketentuanmu, segala mesibah yang kauberikan adalah untuk menguji hambamu. Untuk mendengar rintihan hambamu yang sentiasa alpa dalam dunia yang sementara ini. Jangan kau teruskan kami dengan kelekaan ini Ya Rabb... Terus,,, tabahkan hati kami untuk menempuhi peringatanmu ini ya rabb. Innalillahi wainna ilaihirojiunn. Ya Allah bantulah hambamu menghadapi musibah ini, ya Allah gantilah kepada hambamu ini yang lebih baik..

Angry Bird park di johor

Tempat ni baru je di buka. Seronok gaklah sebab angry bird kan kartun kegemaran kanak-kanak. Macam-macam mainan yang ada. Ibubapa pula ada tempat untuk beristirehat dalam kawasan yang sama. Yang pasti, seronok, ceria sebab warna warni dan kecomelan tempat tu sendiri. Ada game galaxy, ada sepak bola, ada yang terjun atas span umpama lautan. Trampolin pun ada. Gambar-gambar yang jadi kenangan di sini semuanya dah hilang sebab external hard disk ku rosak sob!sob! Sib baik jug telah kuabadikan kenangan ni di pixajoy.  Yang hard copy pun ada bila-bila nak tengok dan online pun msma bold tengok balik dengan buka akaun sendiri... Nasib baik ada pixajoy! My favourite photobook! rekod dari pixajoy antara games di sini games yang ada hahah mama pun ride  

Hello kitty Town, johor dari seronok jadi tragedi

Kami ke sini untuk cuti kali ni. Dah study siap-siap dan dah print siap-siap tiket. Haha... siap beli melalui groupon, jimatlah sikit kan. Walaupun seronok, tapi di sinilah tragedi pahit sedih terjadi. Kenangan manis tapi terlebih pahit. Hari ke-2 di johor,.. kami menginap di hotel M suite. Pagi-pagi selepas breakfast terus ke hello kitty town. Mulanya kami tak expect apa-apa yang teruk bila kakak muntah. Ingatkan muntah sebab pening ke apa. Bila kat hello kitty town kakak main tapi at the same time pening dan muntah-muntah. Banyak kali. Itupun dia gagahkan juga kuperhatikan sebab terlalu seronok bermain. Macam-macam ada di sini sebab mama dah ambil pakej hello kitty town dan bob the builder. Kerana tak tahan, mama bawak turun kakak dulu makan kat secret recipe tapi dek kerana penat dan tenaga tak ada dia tertidur di sisi. Ya Allah nak ingat balik cerita ni, sedih sebak kembali datang.  Betapa sedihnya tengok kakak masa ni. Start dari secret recipe tu sampai nak naik...

Jalan-jalan ke Legoland, Johor Bharu

Kami pernah ke sini tapi hanya sempat bergembira di waterpark saja huhu.. yang bahagian selain dari waterpark kami tak sempat nak explore dek masa yg tidak mengizinkan. Tips paling utama ke sini, kalau nak masuk dua-dua taman tema air dan darat haaaa rasanya elok ambil 2 hari. Puashati... Ini dahla tiket mahainya, sekali tak puashati main ye tak. Masa pergi ni adik belanja, tq sister. Kami menginap di traders hotel. Dekat dengan indoor playground bob the builder dan hello kitty town. Tapi tak ke sana sebab plan kali ni ke universal studio dan juga legoland. Disebabkan dah lama pergi tapi baru nak update kat sini, lupalah ye banyak benda.. sorry. Anyway, ketakpuasan hati ke legoland kali ni, akan kami ganti lagi nanti huhuhu... banyak sangat mainan menarik yang tak sempat try, semuanya dah tutup sebab dah gelap pun. Tak pe, nanti kita kumpul dana dan pergi lagi ye anak-anak.  Berkenaan dengan penginapan pula, Traders hotel ni canggih manggih gak tapi tak ada gam...