Baru je baca blog mahamahu.com pasal ayer@8 precint 8 ni. Malam ni tiba-tiba sampai ke sini hihihi.. Meriahnya mak aiii sampai kena ambik no. nak naik kereta berlampu ni. Seronok tengok orang yang naik kereta ni, mereka pun tergelak dengan keluarga yang sama-sama berhempas pulas mengayuh. Tak kayuh kang tak jalan pula kereta tu hahhaha... So apa yang penting kerjasama! Tarikan terbaru putrajaya ni... kerana terlalu ramai yang naik kereta, naik basikal, naik basikal yang kecik-kecik tu rasa macam jem jalan. Orang yang nak kayuh basikal pun rasa cam tak seronok. Jalannya dah penuh. Terlalu ramai pun tak best juga ya. Kecuali kalau kita datang just untuk lepak-lepak dengan keluarga menikmati angin malam ok lah, best... angin sepoi-sepoi malam ni. Kedai makan pun bukan main banyak kat sini. Kedai serabei, marrybrown, meatball.co, sate, dan macam-macam lagi. menarik di malam hari. makan jap di marry brown. berbuai-buai di sini... Knak...
diari kehidupanku sepanjang bermusafir di dunia fana yang penuh onak dan duri...