Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Here I am

Setelah lama menyepi diri sibuk dengan dunia yang amat melekakan... dah berapa lama tinggalkan kelas pengajian setiap pagi. Dah berapa lama tinggalkan tulisan yang kurasa begitu memberi nilai diri untuk akhirat... here I am... manusia paling sedih saat ini. Ya Allah, segala-galanya adalah ketentuanmu, segala mesibah yang kauberikan adalah untuk menguji hambamu. Untuk mendengar rintihan hambamu yang sentiasa alpa dalam dunia yang sementara ini. Jangan kau teruskan kami dengan kelekaan ini Ya Rabb... Terus,,, tabahkan hati kami untuk menempuhi peringatanmu ini ya rabb. Innalillahi wainna ilaihirojiunn. Ya Allah bantulah hambamu menghadapi musibah ini, ya Allah gantilah kepada hambamu ini yang lebih baik..

Angry Bird park di johor

Tempat ni baru je di buka. Seronok gaklah sebab angry bird kan kartun kegemaran kanak-kanak. Macam-macam mainan yang ada. Ibubapa pula ada tempat untuk beristirehat dalam kawasan yang sama. Yang pasti, seronok, ceria sebab warna warni dan kecomelan tempat tu sendiri. Ada game galaxy, ada sepak bola, ada yang terjun atas span umpama lautan. Trampolin pun ada. Gambar-gambar yang jadi kenangan di sini semuanya dah hilang sebab external hard disk ku rosak sob!sob! Sib baik jug telah kuabadikan kenangan ni di pixajoy.  Yang hard copy pun ada bila-bila nak tengok dan online pun msma bold tengok balik dengan buka akaun sendiri... Nasib baik ada pixajoy! My favourite photobook! rekod dari pixajoy antara games di sini games yang ada hahah mama pun ride  

Hello kitty Town, johor dari seronok jadi tragedi

Kami ke sini untuk cuti kali ni. Dah study siap-siap dan dah print siap-siap tiket. Haha... siap beli melalui groupon, jimatlah sikit kan. Walaupun seronok, tapi di sinilah tragedi pahit sedih terjadi. Kenangan manis tapi terlebih pahit. Hari ke-2 di johor,.. kami menginap di hotel M suite. Pagi-pagi selepas breakfast terus ke hello kitty town. Mulanya kami tak expect apa-apa yang teruk bila kakak muntah. Ingatkan muntah sebab pening ke apa. Bila kat hello kitty town kakak main tapi at the same time pening dan muntah-muntah. Banyak kali. Itupun dia gagahkan juga kuperhatikan sebab terlalu seronok bermain. Macam-macam ada di sini sebab mama dah ambil pakej hello kitty town dan bob the builder. Kerana tak tahan, mama bawak turun kakak dulu makan kat secret recipe tapi dek kerana penat dan tenaga tak ada dia tertidur di sisi. Ya Allah nak ingat balik cerita ni, sedih sebak kembali datang.  Betapa sedihnya tengok kakak masa ni. Start dari secret recipe tu sampai nak naik...

Jalan-jalan ke Legoland, Johor Bharu

Kami pernah ke sini tapi hanya sempat bergembira di waterpark saja huhu.. yang bahagian selain dari waterpark kami tak sempat nak explore dek masa yg tidak mengizinkan. Tips paling utama ke sini, kalau nak masuk dua-dua taman tema air dan darat haaaa rasanya elok ambil 2 hari. Puashati... Ini dahla tiket mahainya, sekali tak puashati main ye tak. Masa pergi ni adik belanja, tq sister. Kami menginap di traders hotel. Dekat dengan indoor playground bob the builder dan hello kitty town. Tapi tak ke sana sebab plan kali ni ke universal studio dan juga legoland. Disebabkan dah lama pergi tapi baru nak update kat sini, lupalah ye banyak benda.. sorry. Anyway, ketakpuasan hati ke legoland kali ni, akan kami ganti lagi nanti huhuhu... banyak sangat mainan menarik yang tak sempat try, semuanya dah tutup sebab dah gelap pun. Tak pe, nanti kita kumpul dana dan pergi lagi ye anak-anak.  Berkenaan dengan penginapan pula, Traders hotel ni canggih manggih gak tapi tak ada gam...

Universal studio aingapore

Berpeluang juga menjejakkan kaki ke sini... pun dek kerana adikku yang baik hati belanja juga huhu. Macam tak percaya pula dah sampai sini. Oleh kerana kami datang beramai-ramai maka lebih kurang harub biru gaklah sebab banyak masa habis dengan mencari ahli-ahlinya kuikui... Jadi tak adalah banyak tempat boleh join. Tambahan lagi dengan manusianya yang ramai Ya Allah... penat nak tunggu satu-satu tempat... kat surau menunggu, kat toilet menunggu, kat kedai makan menunggu, pendek kata tunggu tu tak adalah dua tiga minit dik oooiii.. lenguh kaki yang memang tak berapa tahan sangat ni. Rasanya kalau ada peluang untuk ke tempat-tempat seperti ini di lain dari cuti sekolah, rebutlah peluang itu... mesti kita rasa aman damai lagi tenteram untuk berjalan dan menghayati mainan-mainan kat sini. Yang kami paling seronok, naik bot.... sepanjang sungai ala-ala lah semua dengan ditemani kartun yang glamor-glamor tu macam alex si lion mmmm apa lagi ye, (sorry tak ingat..) Lepas tu kami ...

Jom ke i-city yuhuuu!

Oklah kat icity ni memang banyak mainan yang menarik ye cuma tinggal untuk habiskan duit jela haha.. mainan siang hari pun ada dan dimalam hari pun ada. tempat makan kat dalam ni senang dah ada KFC, chicken rice shop dan old town. tolak dikk.... ler... ada sayap pula lari kakak ok naik ni menakutkan... kat luar sampai jumpa lagi yea...

Jom Bowling di Alamanda

Bagi yang kat area Alamanda, bowling kat sini sudah tak asing lagi. asyik ramai je orang.. tempahan untuk company biasanya lagila... Ok mari  kita tengok sikecik berdua ni berbowling hihi... untuk anak-anak macam biasalah longkangnya ditarik penghadang so tak adalah memanjang je masuk longkang ye dik. macam ni dik wuwii... larat ke dik angkat bola tu... yeay! dah abis bowling lepak jap kat tasik sini ye...

alhamdulillah

Nak share dengan sahabat pasal ramadhan yang sememangnya istimewa teramat tapi masih belum berkesempatan dan amat berat sekali jari ingin menitip kata..  Bulan maghfirah dan barakah.. bukan itu sahaja bulan ini bulan yang banyak menitipkan kerinduan kepada arwah abah tercinta. Ya Allah, beratnya terasa. Innalillahiwainnailaihirojiun..  اللهُمَّ أجُرْنِى مِنْ مُصِىْبَتِىْ وأَخْلِفْنِى خَيْرًا مِنْهاَ 

Rahsia Ramadhan

Antara isi-isi Tanyalah Ustaz hari ini. Dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ini ada satu malam yang dipanggil malam lailatul qadar, iaitu satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu 830 tahun. Subhanallah jika amalan kita diterima pada satu malam tu, maka amat bertuahlah kita kerana pahala kita yang tak mampu kita nak beribadah selama 1000 bulan tu. Umur kita pun hanya setakat 60-an sahaja, itupun jika umur panjang. Antara sebab dikurnia lailatul qadr sebab Rasulullah sedih... kerana umatku umur pendek-pendek, mana mereka mampu untuk mengumpul pahala sebagaimana umat terdahulu contohnya Nabi Nuh umur 950 tahun. Tak dapat menandingi umat terdahulu lah kita ini. Tapi dengan adanya malam lailatul qadr ni, InsyaAllah kita setanding dan marilah kita sama-sam merebut peluang yang hanya datang sekali ini jika berkesempatan. Sayangnya Rasulullah pada kita, umatnya... hanya Allah yang tahu. Tahun depan, mungkin kita tak sempat jumpa, Wallahuaklam. Buat amalan sunat dal...

Apa target ramadhan anda??

Ramadan oh Ramadhan, walaupun datangnya lagi 5 hari tapi belum tentu kita dapat menjadi orang bertuah untuk menemuinya. Betapa berharga dan mulianya bulan ini, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka pula ditutup oleh Allah SWT. Bagi orang-orang yang tahu kehebatan bulan mulia ini dan tahu menghargainya maka, bertuahlah orang tersebut. Tetapi bagi orang biasa yang tidak mahu tahu perihal bulan mulia ini, malah merasakan yang bulan ramadhan ini adalah bulan sukar yang penuh kesusahan kerana perlu berlapar dan dahaga, maka hanya lapar dan dahagalah yang dia dapat. Nauzubillah... Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk bersungguh-sungguh mencari keredhaanNYA pada bulan mulia ini. Kenapa dikatakan bulan mulia? Kerana kehebatan pahala berlipat kali ganda yang akan dikurniakan kepada kita yang melakukan amal kebaikan di dalamnya. Kalau sebelum ini kita hanya dapat 1 pahala tetapi dibulan Ramadhan kita akan mendapat 70 pahala...

Doa Mustajab

Kata ustaz, selepas dengar kuliah ni, terus sampaikan kepada orang lain pula. Biarkan ia terus mengalir macam air, harap-harap boleh membantu kita kelak, InsyaAllah sama-sama kita praktikkan. Sebenarnya tajuk kuliah pagi ni adaalah doa tapi as usual, adalah juga kisah-kisah dan juga topik lain yang menjadi contoh. Selit-selit antara topik doa. Bila sebut sahaja doa yang paling sinonom soalannya adalah bila waktu mustajab doa dan di manakah tempatnya mustajab doa kan? Waktu-waktu mustajab doa ni banyak sebenarnya dan antara waktu yang paling mustajab adalah saat sepertiga (1/3) malam. Iaitu waktu yang paling besar ganjaraannya untuk kita merintih memohon ampun dan juga memohon segala-galanya dari Allah Azzawajalla. Masa ni sukarnya tuk bangun, biar jam berdering, kita tarik lagi selimut tapi boleh pulak tutup jam tu kan. Antara situasi lain plak, Allah bangunkan kita, bila kita nak ke toilet masa tu, tapi kita tak ambik peluang untuk terus bertafakur di tikar solat tapi keluar ...