Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Cafe bowling alamanda

Banyak sebab kami memilih utk lunch di sini hari ni. Kami tak main bowling pon.. tapi tetap pilih cafe bowling alamanda di putrajaya. Pertamanya dulu pernah order makanan sambil main bowling, not bad... nasi goreng sedap. Keduanya, memang tak ada orang kat kafe ni, yg order mungkin yg main bowling tu la dan staff kat situ. So bole lepak lelama tapi kena tahan sejuk sebab aircond memg kuat dan juga kebisingan bowling di sebelah. Ketiganya, bila masuk waktu... terus bole solat sebab ada surau kat bowling ni. Dan yg terakhir sebab kami dah beli tiket movie BFG (BIG FRIENDLY GIANT) yg baru ditayangkan, kafe ni sebelah gsc je. Senang dan dekat nak menapak. Maklumlah bila dah due date makin dekat, otak ligat fikir segala macam strategi yg boleh kurangkan keletihan seminima yg boleh hihi... Dah banyak kurangkan outing actually, tapi hujung minggu mcm ni, keluar sekejap kuarkan peluh dan bawak jalan anak2. Kang bila bersalin, mereka pun semestinya berpantang sekali dari outing2 nih hihi...

Molly Fantasy

Berfantasi sekejap dengan kanak2 riang ni. Kesian, mamanya dah tak larat nak jalan2. Duduk je menengok dorang ni main.. sikit2 sorang jadilah ye mengubat hujung minggu hihi... Sementara menunggu abahnya shopping kasut sukan untuk pertandingan pingpong mlm ni dengan team maybank katanya.. Ini molly fantasy kat jaya jusco taman equine. Tempat biasa kami kih kih.. Dulu mamanya selalu gak berexercise tangan dgn game bola jaring. Tak larat dah... tunggulah baby keluar dulu. Krik!krik! Molly Budak berdua.. Haa inilah yg mama minat kan anak2...

Majlis Akikah

Alkisahnya hari ini ada majlis akikah anak buah yg comel cik bam bam wan seif adyan di klang. Dah kira-kira setakat ni 7 orang dah anak buahku. Yg paling kecik inilah dia. Raya haji nanti sepupunya plak, lagi 2 orang anak buah akan di akikahkan, wan uqbah dan wan nur qalisya. Moga jadi anak yg soleh ye adyan... mmuahh! Tak lupa merakam kenangan dgn buai seif.. Ini dia family kecil seif Ini dia baby mesir yg baru balik ke tanah air hihi geram uqbah ni... Ini pula qalisya comel dan nakal

Restoren Village View Bangi

Makan2 sempena birthday si princess izza... dah 9 tahun anak mama. Mama doakan kakak jadi anak yg solehah, berjaya dunia dan akhirat, amin... Tapi gambar birthday girl lupa nak amik. Alkisahnya dah celebrate pun in advance masa berkumpul kat kulim baru2 ni. Apa yg menarik di restoren village view ni sebab makanan best dan anak2 suka suasana ikan2 yg menyambut kedatangan pengunjung hihi... Actually kat cini ada kolam ikan. Kalau datang dinner awal bolehlah ambil tempat kat sebelah kolam. Turut dijual makanan ikan, hanya rm1 untuk membeli keceriaan dan kegembiraan anak2. Seronok betul anak2 yg dtg makan di sini. Pasti kat tangan masing2 ada makanan ikan sementara menunggu dinner. Masakan panas dan western pun ada. Tak sempat nak snap sebab kami lapar haha. Actually restoren ni selalu kami kunjungi walau agak jauh dari rumah. Harga pula rasanya tak mahal dan tak pula murah. Ikut lauk lah. Sate pun ada tau. Cubalah, manalah tau kena dengan selera kome2. Lokasinya sebelah petrona...

Steamboat buffet picc putrajaya

Pernah berkunjung ke cafe picc putrajaya? Ada dinner steamboat.. sesaje try tempat baru sempena birthday mama. Tq abg belanja sempena birthday ni ye.. Tempat selesa dan tak ramai org, mungkin sebab bukan hujung minggu. Makanlah apa sahaja ye. Ada pelbagai pilihan makanan untuk di masak. Makanan tambahan pula western food macam spageti. Biasalah steamboat ni masak-masak dan makan. Tak ketinggalan maggi utk di masak sekali hahaha... Aku pun tak tau nak komen camana sebab bezanya steamboat ni mungkin dari segi sup atau tomyam kot. Sup dia sedap. Pilihan makanan rasanya biasa-biasa je. Cuma yg kurang mungkin tak de grill. Sekarang dah banyak restoren yg beri pilihan samada nak steamboat sahaja atau steamboat & grill sebab kami anak beranak prefer grill hihi.. So, nak cuba bole google steamboat picc putrajaya ye... Model tetap Adik dgn kenakalannya.. Sukalah budak berdua ni bole masak2 sekali...

the kebabz kinrara uptown

Inginkan kelainan makanan dan citarasa? Hihi sekali sekala tukar selera best juga ye. Pernah dua kali makan di sini. Kedai the kebabz yg dekat sangat dgn rumah ni menyediakan masakan pakistan. Kami memang suka dgn roti nan cheese dia, fuhh cocah plak dgn chicken curry.. best!! Tapi biasalah roti-roti ni cepat sejuknya, jadi kena makan kat kedai la baru ada best. Yg specialnya lagi tempat makannya ada yg boleh santai-santai bersila.. budak berdua ni suka sangat siap baring2 lepas makan. Jenuh mamanya yg dah memboyot ni menahan cramp kaki... berlunjur pun tak kena hihi.. Nasi mandy pun ada. Dan yg pasti masakan utama dia kebab tulah. Tapi pitanya tak de. Dia cuma hidang daging kebab dgn sayur2. Agak pedas masakan dia. Yg suka pedas bolehlah try. Tapi yg tak suka pedas pun bole cuba hihi... selamat menjamu selera. Suka betul dgn roti nan cheese.. Ini gambar dari fb the kebabz... Tak ketinggalan rotinya yg kebabom...

Jom ke kulim

Al kisahnya adik yg dapat tawaran ke kolej mara kulim (KMK)... adik lelaki bongsu. So, tak nak dia terasa sedih tanpa abah di sisi. Alhamdulillah, hafazan sudah habis.. tentu abah gembira sangat dan lebih lagi gembira bila hasilnya sampai kepadanya di alam sana... insyaallah. Masing-masing sepakatlah ke sana membuat rombongan cik kiah ( aku pun pelik kenapa glamer sangat ayat camni hihi..) ke kulim, kedah. Dah di booking homestay semua.. berangkatlah. Seronok juga sebab homestay ni lengkap dgn peralatan memasak, selesa dan bersih. So petang tu dapat berbuka beramai-ramai dan bersahur macam kat rumah sendiri.. Memang berbaloi homestay ikh taqwa ni.. senang berkomunikasi juga dgn pengurusnya... baik sangat. Yg penting selesalah, dengan setiap bilik beraircond dan yg specialnya siap ada wifi dan juga penapis air coway.. wow yg tu luar biasa dan sgt istimewa... Rumah single storey corner lot dan sangat dekat dengan kolej komuniti dan kmk serta fasiliti lain. Recommended! ...

Kandungan 33 minggu dengan placenta previa

Akhirnya sampai jua ke 33 minggu 3 hari huk! huk!... masih lagi memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan hari-hari mendatang. Malah kesukaran dan kepenatan makin terasa dan terus menerus menagih kesabaran... Ya Allah berikan kekuatan kepada hambamu yg lemah ini.. Memujukkan diri sendiri yg makin lemah.  Lagipun kenalah positive thinking dan ingat ganjaran- ganjaran yg telah dijanjikan utk ibu mengandung kan... banyak sgt... untungnya menjadi umat islam. Kekuatan dan ketabahan ibu-ibu mengandung di luar sana pun pasti berbeza. Masing2 ada tanggungjawab dan tugas masing2. Seingat aku dulu, masa mengandung anak pertama dan kedua, aku hanya berehat bila keluar tanda utk bersalin hihi.. kuat jugalah nak dibanding dgn sekarang, dah berbulan rasanya tak jenguk office, cuma beronline dgn staff. Alhamdulillah, berjalan juga kerja2 di office. Terima kasih utk staff yg tak jemu-jemu melayan kerenah clients. Hanya Allah jua yg mampu membalasnya. Maklumlah dulu beratku boleh lagi k...

Warkah bisu buat ayahanda

Ayahanda, biarpun panggilan kami kepadamu adalah 'abah' tetapi kami tahu, dirimu lebih suka kami memanggilmu 'ayahanda' dalam warkah bisu ini.. kerana nota-nota indahmu yg ditinggalkan untuk kami semasa remaja dikejauhan menuntut ilmu, dirimu lebih suka menggunakan 'anakanda' dan ayahanda'.. Ayahanda, Kami sempat menelusuri diari bisumu. Indahnya saat memori-memori indah kami, kau catitkan satu persatu. Begitu pentingnya kami dalam hidupmu. Ayahanda, Pengorbananmu mencari sesuap nasi untuk kami anakandamu tidak pernah kami lupakan.. siangnya diri membanting tulang mengangkat guni-guni garam dan malamnya mutiara-mutiara indah kau sampaikan dicorong2 setiap surau dan masjid. Ayahanda, Kami tidak pernah lupa, di saat kesibukanmu mencari sesuap nasi kepada kami, sebelas anakandamu, kau masih sempat mendidik dan mengajar kami indahnya islam, indahnya akhlak dalam islam dan kau terbitkan kecintaan kami kepada para anbiya. Ayahanda, Kami tidak pernah ...

Atmosphere putra permai

Datang lagi dan lagi dan lagi ke sini.. ada request dari emir utk aktiviti panjat memanjat. Oklah dekat je dan mama pula melepak je tepi jalan dlm kete hihi. Daripada dia membuat aktiviti lompatan atas tilam-tilam kat dalam bilik, biarlah dia keluarkan peluh di sini. Kadang-kadang nampak juga dia jumpa kawan baru. Oklah tu kan kebolehan bersosialnya meningkat hihi. Lagi pula di rumah ni, apa yg kanak-kanak akan lakukan selain tengok tv? Bermain gadget siang malam. Kerja sekolah sentiasa siap kat sekolah. Kalau kita dulu-dulu petang cam ni bolehlah lompat galah ke, lompat getah ke, main bola ke kan, tapi kat kawasan perumahan macam ni bukan macam kampung. Semoga peluh-peluh yg keluar menyihatkan badan dan mencerdaskan minda.. insyaallah ya anak-anak. Kali ni agak ramai juga pengunjung di sini. Seronok juga. Panjat jgn tak panjat adik kakak.. Ramai pengunjung juga. Sebelah lain pun agak ramai...

Beli barang online

Wah wah topik glamer sekarang ni... malas nak keluar je, tekan-tekan internet, pilih dan bayar. Nanti barang sampai. Syok kan, tak payah keluar rumah pun tapi ada pro and contranya. Mcm hamba ni yg tengah preggy, nak jalan banyak sangat dah tak larat, mana yg bole order online, order jela hihi.. tapi hanya utk barang-barang yg kita pasti saiz dan juga keadaan barang tu. Kalau yg cerewet mungkin susah sikitlah sebab biasa nak tengok dulu, nak pegang dulu dan nak confirmkan warna yg betul. Ini yg penting, kalau penjual online boleh yakinkan pembeli, why not... grab je. Tapi sebab penjual pun banyak yg... 'ko tak nak beli sudah...' hihi. Cuma aku tak berapa confiden beli pakaianku sendiri melalui online sebab saiznya yg dah berdouble-double kihkih. Dulu bolehlah, dah tau standart size mesti m nya.. so mana-mana baju dan seluar berkenan grab je. Kecuali yg terbaru ni, macam baju-baju baby bolehlah beli online, sebab banyak pilihan gak yg murah-murah. Aku suka tengok inst...

Tadika ABS mukmin junior

Rasanya belum sempat bercerita tentang si boboi yg sukar utk ke sekolah. Dari 4 tahun mencuba, 5 tahun juga tidak berjaya. Aku suka cara genius aulad mengajar, susun atur dan surroundingnya dan of course setelah hantar kakak isya sebelum ni di genius aulad bandar putra permai menguatkan lagi keyakinanku. Alhamdulillah, kakak petah, cepat belajar dan banyak doa-doa dan surah yg dihafal... tapi betullah, lain anak lain caranya kan. Setelah kecewa dan frust dgn percubaan demi percubaan, satu hari terpandang tadika ABS LP8 yg ada dalam kawasan perumahan kami. Cuba bertanya si boboi manalah tahu dia berminat dan mendapat akhirnya jawapan positif darinya. Mungkin jarak yg dekat dgn rumah dan juga bersebelahan guard yg selalu baik dgn kami menariknya utk mencuba. Setelah dirisik, ada kelas reading juga sebelum buka sekolah. Apalagi ni chance utk menyesuaikan diri emir dgn sekolah tu. Alhamdulillah kini dah bulan 8, 2016 emir masih di tadika ABS dan he's enjoyed.. insyaallah s...

Jalan-jalan di alamanda putrajaya

Tetiba rasa nak bercerita pasal alamanda. Manalah tahu ada yg dapat manfaatnya kan. Tapi as usual, pasti saja postku tak panjang dan ringkas saja. Kerap sangat berkunjung ke alamanda ni, aktiviti kami yg utama tengok movie kat gsc hihi.  Ada je cerita menarik untuk budak berdua ni, laju je ke alamanda. Rasa cam selesa ke sini sebab tempatnya tak seluas ioi city mall dan midvalley dan dekat dgn rumah haha.. Kali ni kami main bowling je dan lepak kat food court 'RASA' sebab tak ada movie yg menarik. Ini 2 minggu lepas layan ice age Hari ni punya gambar, ayu main bowling sebab dari open house haha.. Ini gambar lama tapi tempat yg sama di bowling alamanda Masa ni boboiboy the movie Yg ni pulak movie the boy...