Skip to main content

Azam baru


Alhamdulillah, sebagaimana tazkirah ceqgu kawan seblog tadi. Zikir itu sepatutnya meniti setiap bibir kita setiap saat dan waktu kerana hidup kita ini hanya dengan izin dan rahmahnya.
Alhamdulillah kerana kita masih bernafas untuk menikmati kehidupan yang penuh onak dan duri ini sebagai khalifahnya, semoga kita tetap tabah.

Alhamdulillah kerana masih berpeluang menjadi seorang ibu kepada anak-anak kita. Masih berpeluang menatap wajah comel si manja yang menjadi sumber inspirasi dan merekalah rezeki yang tidak ternilai harganya dari Allah.. Hari ini mesti ramai ibubapa yang bercuti untuk menghantar anak-anak yang baru menjejaki alam persekolahan, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menikmati saat-saat penting ini.

Alhamdulillah kerana kita masih diberi nikmat untuk menikmati hari ini yang akan memberi kita seribu kemungkinan. Alhamdulillah, alhamdulillah syukur kita kepada Allah. Sebenarnya topik utama untuk berkongsi azam baru tai dek terbaca alhamdulillah tadi, dah jadi topik alhamdulillah plak ye.

Setiap kali tahun baru, mesti orang tanya apa azam tahun baru? Mesti punyalah akan ada soalan itu, dalam radio atau tv juga tak akan ketinggalan akan membincangkan topik tersebut. Begitu bermakna rasanya bagi orang tertentu tahun baru ni. Hinggakan sambutan yang dibuat amat besar. Mungkin kita patut tanya diri kita sebagai muslim, sambutan awal muharam sebesar sambutan tahun baru inikah? Mengingatkan diri sendiri juga yang leka dan kadang-kadang terlupa dengan kalendar islam yang sepatutnya lebih kita ingati...

Actually, ramai bijak pandai berpendapat bukan di tahun baru saja kita boleh membuat azam baru, bahkan setiap hari dan setiap saat digalakkan kita untuk berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Tak kiralah, hari ini atau esok, marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam.


  • Menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa;
  • Menjadi bapa/ibu yang lebih penyayang dan bijak dengan anak-anak;
  • Menjadi anak yang soleh kepada ibubapa kita;
  • Menjadi suami/isteri yang bertanggungjawab dan penyayang kepada pasangan kita; dan
  • Menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dalam masyarakat kita (jiran tetangga, sahabat even orang-orang yang hanya sekali kita temui. 





Comments

  1. alhamdulillah dapat kenal mama zharfisya dan dapat baca entry ni yg sangat bermakna. terima kasih sudi baca tazkirah pagi tadi :)

    ReplyDelete
  2. saya pun sama rasa seronok dapat berkenalan dengan ceqgu dan sama-sama berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...