Alhamdulillah, sebagaimana tazkirah ceqgu kawan seblog tadi. Zikir itu sepatutnya meniti setiap bibir kita setiap saat dan waktu kerana hidup kita ini hanya dengan izin dan rahmahnya.
Alhamdulillah kerana kita masih bernafas untuk menikmati kehidupan yang penuh onak dan duri ini sebagai khalifahnya, semoga kita tetap tabah.
Alhamdulillah kerana masih berpeluang menjadi seorang ibu kepada anak-anak kita. Masih berpeluang menatap wajah comel si manja yang menjadi sumber inspirasi dan merekalah rezeki yang tidak ternilai harganya dari Allah.. Hari ini mesti ramai ibubapa yang bercuti untuk menghantar anak-anak yang baru menjejaki alam persekolahan, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menikmati saat-saat penting ini.
Alhamdulillah kerana kita masih diberi nikmat untuk menikmati hari ini yang akan memberi kita seribu kemungkinan. Alhamdulillah, alhamdulillah syukur kita kepada Allah. Sebenarnya topik utama untuk berkongsi azam baru tai dek terbaca alhamdulillah tadi, dah jadi topik alhamdulillah plak ye.
Setiap kali tahun baru, mesti orang tanya apa azam tahun baru? Mesti punyalah akan ada soalan itu, dalam radio atau tv juga tak akan ketinggalan akan membincangkan topik tersebut. Begitu bermakna rasanya bagi orang tertentu tahun baru ni. Hinggakan sambutan yang dibuat amat besar. Mungkin kita patut tanya diri kita sebagai muslim, sambutan awal muharam sebesar sambutan tahun baru inikah? Mengingatkan diri sendiri juga yang leka dan kadang-kadang terlupa dengan kalendar islam yang sepatutnya lebih kita ingati...
Actually, ramai bijak pandai berpendapat bukan di tahun baru saja kita boleh membuat azam baru, bahkan setiap hari dan setiap saat digalakkan kita untuk berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Tak kiralah, hari ini atau esok, marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam.

- Menjadi insan yang lebih beriman dan bertaqwa;
- Menjadi bapa/ibu yang lebih penyayang dan bijak dengan anak-anak;
- Menjadi anak yang soleh kepada ibubapa kita;
- Menjadi suami/isteri yang bertanggungjawab dan penyayang kepada pasangan kita; dan
- Menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dalam masyarakat kita (jiran tetangga, sahabat even orang-orang yang hanya sekali kita temui.
alhamdulillah dapat kenal mama zharfisya dan dapat baca entry ni yg sangat bermakna. terima kasih sudi baca tazkirah pagi tadi :)
ReplyDeletesaya pun sama rasa seronok dapat berkenalan dengan ceqgu dan sama-sama berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini.
ReplyDelete