Skip to main content

Telaga Lanas

Baru balik dari kampung setelah seminggu di sana. Seronok menghabiskan masa dengan keluarga. Sekali sekala berkumpul. Yang pasti aktiviti paling menarik adalah usrah selepas solat maghrib, always be my favourite activity. 

Ma dan abah pasti sunyi setelah seminggu dihiasi dengan hiruk pikuk cucu-cucu dan anak-anak dan kini hanya berdua meniti hari. Lucky, ada lagi adik bongsu dan adik yang sudi menemani. 

Apapun semoga semakin hari semakin kerap aku dapat melawat mereka, hanya itu yang kupinta setelah diri mempunyai kemampuan. Abah pun tidaklah sesihat mana. Masa inilah, rasanya perlu untuk lebih menghargai mereka. Bantulah hamba-Mu ini Ya Allah. 

Pada masa yang sama kami berkumpul sempena majlis maulidur rasul yang dibuat di kampung, bersekali dengan solat hajat adik yang akan ke Jordan, melanjutkan pelajaran dan juga solat hajat untuk ibadah umrah yang akan kami buat bulan depan.

Berselawat ke atas Nabi kita Muhammad SAW dan of course usrah pun berkisar dengan pengorbanan baginda yang begitu mulia dengan Islamnya kita di atas muka bumi ini.

ulam- ulaman

bergotong royong menyiapkan juadah

jiran tetangga
Rasanya barulah kali ini, aku benar-benar menghayati hari kelahiran Rasulullah. Kalau sebelum ini, kenduri hanyalah kenduri, maulud hanyalah maulud. Tapi alhamdulillah, mata hatiku telah terbuka untuk mengingati dan menghayati manusia agung ini. 

Sebelum ku akhiri catatan hati yang bercampur baur menyelusuri hidup yang kian nampak arahnya, sempat kuhayati pantai Sri Tujuh, bukti keagungan Pencipta kita. Kerdilnya diri saat ini...





Comments

  1. Abah dalam kenangan.. Anakanda sungguh merinduimu...

    ReplyDelete
  2. Abah dalam kenangan.. Anakanda sungguh merinduimu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...