Skip to main content

Genius Aulad

Today is a tired day for me. Semalam 3 times bangun sebab emir merengek nak susu. Mungkin malam yg amat sukar for him sebab baru stop 'breastfeed'. Pagi ni pula bangun and terus siapkan kakak for her first school day. Lucky, he help me... Hari yang mengujakan bagi kakak dan mamanya juga hehe, maklumlah sekolah baru.




I choose Genius Aulad Bandar Putra Permai yg baru dibuka di bandar putra permai bersebelahan dengan giant di bangunan 'the athmosphere'. Semoga dia banyak didedahkan dengan islamic value di sini and also english. Aku pun tak perasan sejak bila, tapi dia dah kurang sangat bercakap dalam english. Kalau sebelum ni, biarpun tunggang langgang tapi she tried. Yang penting juga, aku tahu di sini dia akan banyak diajarkan dengan asas islam. Semoga apa yang kuharapkan, berjaya diterap. Isya di letakkan dalam kelas 6 madeenah. Sempat tengok list, ada dua nama batrisyia hehe just that first name yang lain 'auni' dan 'izza'. 

Lepas balik sekolah, kan main seronok lagi bercerita that she had fun on her first day at GA. Minggu pertama adalah taaruf week, so 10.30 am dah bole pick up. Sebelum amik isya punyalah aku mencari kedai yang jual nasi lemak tak jumpa-jumpa. Lastly lepak kat bintang bistro kejap. WISH U LUCK DEAR! Semoga kakak jadi anak yang solehah suatu hari nanti, hanya itu yang mama harapkan.

kelas kakak 6 madeenah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...