Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Bersukaria di the parenthood sunway mall kl

Ini nasi bamboo dari bakar-bakar Yuhuu!! Beli tiket the parenthood dari fave , dapatla murah dari rm45 jadi rm31. Banyak tu diskaun kan.. so rajin-rajinlah mencari kat sana ye. Hadiah untuk kakak yang dapat anugerah cenerlang tempoh hari. So adiknya dapatlah sekali join hihi.. ada gak tanya budak berdua ni, best kat mana sebab sebelum ni kami pernah pergi ke the parenthood sunway pyramid, katanya best yang sini. Tak tahulah apa  yang bestnya sebab kali ni mama tak masuk dalam. Just pusing-pusing dan berborak dengan hubby kat luar. Masa ni gak sempat makan kat 'bakar-bakar' area food court. Sedap juga makanannya. Baru perasan yang kat sunway mall ni banyak sangat kedai makan. Macam tiap-tiap level je ada restoren kihkih.  Masa datang ni seronok sangat jenjalan sebab tak ramai orang. Rasa macam selesa je dan aman damai.  Apa yang best kat sunway putra mall ni, bilik baby banyak, so sangat membantu para ibu dan semua kemudahan terletak kat area lift ...

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Bercuti di kuala lumpur

Walaupun cuti raya cina ni lama kali ni lebih kurang 6 hari tapi tak sempat untuk plan balik kg memandangkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Tambahan pula tiket airasia dah mahal huhuhu.. Tapi alhamdulillah sempat aku beli tiket untuk cuti thaipusam nanti. Lamanya tak jenguk bonda tercinta, maafkan anakmu ini ma. Sempatlah bercuti di kl saja kali ni. Kalau pd dan melaka or cameron, sah-sahla ramai orang dan jem kan. Kami check in di regency hotel, nak hotel yang murah tapi ada swimming pool, inilah tempatnya. Kat hotel ni bab parking yang kurang cikit sebab tak direct naik lif terus. Kena bertangga-tangga bagai dan parkingnya yang 'berkuap gile' (dengan kata lain busuk dengan disebabkan tiada udara). Pulak tu nak parking kat lobi untuk drop orang pun agak sukar sebab dia tutup dengan kon. Guard pula yang angkat letak2x kon tu. Mungkin sebab kawasan yang sesak memaksa mereka untuk buat sedemikian. Regency hotel ni kat menara safwan, betul-betul berhadapan deng...

Makan-makan di mr.food putra height

Haaa kali ni kita try western pula ye. Datang ke putra height ada orang ngajak ke Mr Food grill and steak. Order dari si kecil-si kecil burger, chicken chop, chicken grill, dan of course signature dish nya steak. Mmm... makanan ok sedap cuma mungkin kalau yang tengah lapar patut order 2 dishes ngeh! Ngeh! Anak-anak seronok bila ada nama mereka Nyum!nyum! Burger Ini steak

Jom make di Singgang Warisan

Bila teringin nak makan budu, ulam raja dan ikan singgang datang, ke sinilah tempat yang dituju hihi... tak puas menghirup kuah singgang ikan tongkol, sedak sungguh! Budak berdua tu pula suka sangat nasi minyak dengan ayam gulai, sedap! Masa tulis ni tengah lapar aduilah terbayang-bayang pula ni. Esok kan kusinggah, insyaallah.  Haa.. nak rasa jom datang ke atmosphere seri kembangan ni je. Nasi yang paling glamer kat sini nasi dagang, memang sangat best. Datang restoren ni bergilir-gilir menu ni je haha, nasi dagang- ikan singgang - nasi minyak.  Nak juga try menu lain tapi camano bila tiap kali datang tak bole lepas pandang 3 hidangan yang best tu! Nasi ikan singgang Nasi minyak Nasi dagang

Jom bangkit!

Seronoknya melihat si kecil... comel, manja dan riang ria tanpa masalah. Kerjanya hanya bermain dan bersukaria.. Tapi tiada si kecil ini tanpa ibu yang melahirkan, tanpa ayah dan ibu yang membesarkan. Mengeluh kita yang dewasa mendepani masalah dan juga dugaan. Dugaan demi dugaan yang menimpa tapi kita lupa nikmat demi nikmat yang kita terima. Kita berharap untuk menjadi si kecil yang riang ria kerana kesabaran yang kian terbatas. Tidak akan ke mana anak-anak ini jika penjaganya hilang semangat. Tidak akan membesar dengan solehnya tanpa kebangkitan motivasi kita yang dewasa ini.. Bersabarlah, biar tiada bahu untuk kau tangisi, asal tawakkalmu tetap pada yang satu. Merintihlah pada sang pencipta... kerana di mana pun kita dia tetap mendengar.. mengasihi dan mencintai kit hambanya yang hina ini.

Jom try kfc puncak jalil

Baru beberapa bulan beroperasi kfc puncak jalil ni. Hari ni try.. kihkih kfc kat mana-mana pun sama je kan cuma dari segi servis dan ke freshan ayam tu yang berbeza. Servis kat sini memang dari mula-mula buka kita order dulu then terus duduk-duduk dulu sambil alert no kat resit. Tak kira nak makan kat situ or nak take away. Then no. dipanggil bila siap. Lain pula dari KFC lain, tunggu je untuk dapat makanan terus. Kiranya orang yang beratur untuk order tak de lah penat sangat boleh duduk sambil menunggu. So far makan hari ni tengahari yummy, ayam fresh rangup dan best hingga menjilat jari! tengok abg pun happy dapat makanan favourite dia nasi kfc!

Shell out di my story cafe

Sempat juga minggu ni kami berkumpul di kota kemuning, ber 'shell out' di my story cafe. Wah! Cari punya cari nasib baik kena tempat yang best sangat! Sampai-sampai je, tempatnya sejuk.. ok so baby-baby mesti selesa. Ruang makan pun jauh-jauh so tak adalah sempit sangat, siap ada ruang untuk anak-anak main, biarpun kecil tapi boleh buat anak-anak leka sekejap sementara mak pak nak makan.  So, tempatnya memang selesa.. boleh juga pilih untuk duduk kat luar tanpa aircond. Sampai-sampai je makanan, serang.. Yummy! Best sangat. Dengan ketam dan lala masak cilinya, hot dog untuk anak-anak, udang besar-besar. Fuhhh ... mabeles! Rasa cam tak puas, nak lagi. Mak ai buruk betul makan hihihi... ok! Ok! Next time mesti datang lagi ni. Dengan pengalaman 3 kali makan shell out ni, (baru 3x daa..) yang ni paling best.. cuma kat resepi timur hari tu, yang sangat suka sotong goreng tepung dia mabeles! Yang kat sini semuanya suka!!! Recomanded untuk yang nak rasa shell out ...

3 tempat menarik untuk bersantai bersama keluarga

pemandangan indah di malam hari di dataran putra berbasikal bersama sepupu-sepupu 2016 di dataran putra kenangan cuti sekolah 2014 di dataran putra Bila kali terakhir anda berkumpul dengan keluarga? Biasanya hujung minggu je masing-masing ada masa untuk bertemu mata kan. Usah biarkan silaturrahim terbiar sepi... selalu bertanya khabar dan berjumpa seketika pun sudah cukup untuk mengeratkan hubungan adik beradik dan ipar duai.. Kalau dah jemu untuk bergilir-gilir ke rumah masing-masing boleh tukar tempat yang lebih menarik, asalkan tidak abaikan pertemuan mingguan atau bulanan anda dengan keluarga. Saja nak share lokasi yang selalu jadi tempat untuk kami sekeluarga berkumpul. Memang best dan seronok! Gilir-gilir masak dan makan-makan bersama. Tak pun buat potluck (semua bawa makanan sikit) dan makan bersama. Seronoknya dapat berkumpul.. jom! Tempat utama di Dataran Putra, putrajaya yang semua orang dah tahu meriahnya di hujung minggu sampai parking pun dah...

Groupon dah jadi Fave pula?

Applikasi terbaru yang menggantikan groupon.  Fave! Sebijik macam groupon je cuma berwarna pink my favourite colour hahaha... Mama suka guna aplikasi ni sebab ada discount untuk tempat-tempat yang ditawarkan. Dari beli dengan harga biasa why not grab yang ada discount kan walaupun tak banyak tapi dah boleh save untuk satu bahagian kos kita. Untuk kali ni mama beli lagi the kingdom nya tiket untuk anak-anak kat sunway mall. Hari tu dah try kat the parenthood sunway pyramid. Saja bawa mereka release sementara cuti raya cina ni. Disebabkan fave ni baru je, dia ada bagi discount untuk yang baru nak guna. Dapat lagi 10% discount DI SINI.

Anugerah cemerlang 2016

Penutup tahun 2016 biasanya akan diadakan anugerah cemerlang untuk meraikan kejayaan murid-murid dan beri semangat dan suntikan kepada mereka untuk terus melebarkan sayap. Tentu ibubapa sangat terharu bila melihat anak naik ke pentas menerima hasil usaha sepanjang persekolahan 2016. Malah untuk ibu yang beremosi sepertiku, bergenang air mata terharu.. biasalah mak-mak ni perasaan dia lebih sikit dari ayah-ayah. Ajarilah anak untuk bersyukur, kerana kejayaan ini adalah dari Allah jua.. ucaplah kata-kata manis untuk anak-anak dengan kejayaan mereka. Moga -moga mereka berasa dihargai dan disayangi. Tetapi jangan pula mencerca dan memarahi anak-anak yang tidak berjaya seolah-olah mereka tiada harapan lagi untuk berjaya sedang ini hanyalah lapangan kecil dan tempat untuk bertatih. Jika solatnya cukup, akhlaknya terpuji dan tidak pernah berkasar dengan kita itu sudah cukup untuk dibanggakan dan diberi pujian kerana matlamat kita yang sebenar hanya DI SANA... tapi bukan j...

Cara ikat tie sekolah

Salam ibu-ibu... cerita lucu kali ini sebab anak yang tahun 1 dah dapat tie sekolah. Tie yang dah ada tali kecil yang terus zap je kat kolar baju. Tapi still kalo tak kemas nak juga betul-betulkan. Sekali bila dah dibuka ikatan, tak pandai nak ikat balik hahaha... sudahnya di google dalam kelam kabut anak nak ke sekolah tak jumpa-jumpa. Yang jumpa hanya ikatan tie biasa yang terus pusing kat leher tu. Hah sudah! So terpaksalah anak ke sekolah dengan ikayan yang tak kemas di reka sendiri oleh mama huhuhu... Balik sekolah anak cakap kena tegur dengan cikgu ala-ala garang. Mak aih, darjah 1 pun nak marah bagai ke. Oklah think positif... mama pun sekali lagi menggugel dan cuba buat... try & error tapi masih juga tak jadi huhuhu... Akhirnya cuba gugel lagi dengan english wording... akhirnya dapatlah dari satu website ni, the cambridge school... fuhh selamat. Senang sangat tutorial yang dia buat. Tq so much to this blog owner or management for such tutorial! Mama print screen sekali ...

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...

Baby dah 3 bulan!

budak 3 bulan suka ketap bibir saya dah meniarap tau.... pantang orang amik gambar mesti tengok je Apa yang baby 3 bulan boleh buat ye? Haa.. actually apa yang mama cerita kat sini secara general dan more to perkembangan ahmad wafiq. Ada baby yang lagi cepat perkembangannya dan ada yang lambat sikit. Masing-masing berbeza tapi ada kelebihan tersendiri. Jangan cepat risau kalau baby belum alami apa yang ahmad alami... Bulan ni ahmad dah kenal orang. Bila nampak mama lain senyumnya dan bila nampak kakak dan abang pun lain pula senyumnya. Yang lagi sukabila tengok botol susunya.. tak berkedip-kedip dengan muka yang tak sabar. Bila nampak toys yang dia selalu main pun ada bunyi tersendiri. Masa ni baby dah boleh pegang dan bole tarik rambut orang juga hihihi cuma dia tak bole capai terus lagi barang yang dia nak. Baru-baru je kan. Dari segi buat bunyi pula dah macam-macam, kadang kalau cukup tidur dan susunya, dia akan mengekek-ngekek bila ditegur. 3 bulan ni ib...