Skip to main content

Posts

Bulan Mulia Yang akan Tiba

Sudah agak lama tidak mengulas rasa hati, dek terbuai seketika dengan dunia yang begitu mempesona. Hanya sebuah rumah yang diberi ujian, terbuainya rasa... terlupa seketika untuk mencari cinta ilahi. Semoga dijauhi kita dari terus terbuai hingga akhirnya terlena, terlena dan terus terlena tanpa cinta yang suci. Melalui 3 bulan yang mulia, sekarang kita berada di bulan syaaban bulan yang Nabi amat suka dengan puasa sunatnya. Tak lama lagi kita akan berjumpa dengan bulan yang penuh barakah, penuh kemuliaan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita diberi kesempatan untuk menemui bulan Ramadhan tahun ini dan melaluinya dengan penuh keinsafan, dan dipenuhi denga aktiviti yang mendapat ganjaran sebesar-besarnya di sisi Allah Taala. Semoga di bulan ini, kita sudah pun bersiap-siap dari segi rohani dan jasmani untuk menemui bulan Ramadhan. Dengan berpuasa sunat pada bulan ini bukan sahaja mampu mempersiapkan diri kita menyambut Ramadhan tetapi ganjaran pahala pun dijanjikan All...

Bestnya jadi ustaz...

Salah satu bekalan semasa di alam barzakh adalah ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain... sungguh indahnya bertugas sebagai ustaz dan ustazah, cikgu-cikgu serta ulama-ulama yang sentiasa hidup dengan mengajar dan memberi tazkirah serta ceramah kepada orang ramai. Apatah lagi jika ilmu yang disampaikan adalah ilmu yang bermanfaat, subhanallah... sesaat terasa ingin menukar profession untuk menjadi seorang ustazah.. Tapi orang macam hamba ni, manakan layak. Ilmu pun tiada huhuhu... (menyimpan harapan segunung uhud, insyaAllah). Semoga ilmu cetek yang kucoret di sini mampu menjadi sedikit bekalan untukku nanti huhuhu...  Mutiara kata yang kudapat dari ustazah zaini hari ini sungguh indah dan bermotivasi. Tambahan lagi, hidup seharianku sentiasa terdetik dengan congakan 'keuntungan untuk hari ini' bagi bizku. "Amalan wajib yang kita kerjakan setiap hari yang telah ditetapkan oleh Islam adalah modal kita untuk hari akhirat, dan amalan sunat itu adalah keuntun...

Politik yang baru berlalu..

Alhamdulillah... memulakan tugas lagi tapi keseorangan kali ini. Kadang-kadang bersendirian itu manis sebenarnya. Banyak masa untuk memuhasabah apa yang tak kena dengan diri dan biz. Tetapi dengan urusan dan amanah berat yang perlu kupikul, perlu juga untuk seseorang membantu meringankan diri. Tidak ada salahnya berdua dan bertiga asal saja dapat memberi perkhidmatan yang sewajarnya dengan baik. Cerita bab politik ni isu serius, tak nak bercerita tapi perlu juga melibatkan diri kerana islam itu syumul, mencakupi semuanya yang berlaku dalam hidup kita. Dengan mengundi sahaja, kita telah pun masuk dalam politik hehehe... dan itulah yang sebaiknya, tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan juga khalifahNYA. Bukan untuk memihak kepada mana-mana parti pun. Sekadar meluahkan apa yang ada dalam hati, apa yang    terperap tapi tak terluah. Mungkin juga mewakili insan-insan lain yang tidak bersuara. Sebagai seorang  Islam, hati ini inginkan seorang pemimpin Islam. Is...

Sesekali merindu...

"Yam, jangan jadi macam aku. Kau ada ayah lagi, peluklah ayah kau puas-puas. Ciumlah dia puas-puas. Aku sekarang ni dah nyesal. I miss everything about him. Aku nak peluk dia, nak cium dia, nak pegang tangan dia. But, he is not here anymore." Luahan hati adikku mewakili diriku juga berseru kepada sahabat-sahabat yang masih punya ayah... sungguh kita tidak akan merasa sekarang, tapi bila dia dah tak ada... apa lagi yang mampu kita buat. Kalau berjauhan dengan ayah, telefon selalu tanyalah sama ada dia sihat atau tidak... penuhilah permintaan seorang ayah bila mana dia masih di sisi anda. Seringkali merindu, tatkala itu jua airmataku berbicara. Bukan aku sahaja, mungkin semua adik-adikku pun begitu sebab dia seorang abah yang begitu mengambil berat perihal anak-anak even aku yang sulung.. sama sahaja kasih sayangnya. Aku nak letak jugak contohnya... yang diceritakan kembali oleh sahabat blog 'MaryamKamal' "Dulu masa abah ada, selalu aje dia telefon aku. Bosan...

Penumpang Segala-galaanya...

Mungkin tanpa kita sedari hingga ke hari ini kita adalah seorang 'penumpang' atau dengan kata lain 'peminjam'. Apabila berstatus penumpang, suatu ketika destinasi kita akan sampai dan kita akan turun dari tempat tumpangan. Apabila bergelar peminjam, sampai suatu saat, kita harus pulangkan apa yang kita pinjam tersebut. Sedar atau tidak kita semualah yang menjadi peminjam dan penumpang tersebut. kita??? Ya, kitalah... insan hina lagi fakir...tapi merasakan diri seolah-olah tuan empunya segala-galanya. Mata, hidung, mulut, kaki, tangan dan segala anggota badan kita ini hanya pinjaman semata-mata dari Allah SWT. Segala anggota ini hanya kita tumpang duduk untuk sementara sahaja. Kerna yang punya hak segala-galanya adalah DIA YG MAHA ESA... Sedarkah kita sekecil-kecil perkara seperti 'kelipan mata' pun sehari-hari adalah dengan pertolongan Allah... pernahkah sambil-sambil bersandar di kerusi kita memikirkan itu? Pernahkah kita memikirkan andai mata kita ini...

Sudahkah kita bertaubat?

Berkesempatan mengikuti kelas riyadh as-solihin pagi ini, amat menarik sekali ilmu yang dikupas oleh ustaz Norazan berkenaan 'taubat' iaitu kita kembali kepada Allah SWT setelah tersasar dari jalan yang sebenar. Banyak hadis apatah lagi ayat quran yang membicarakan topik yang begitu penting ini. Apatah lagi sebagai manusia kita tak pernah sunyi dari melakukan dosa. Dari pagi setelah bangun dari tidur hingga lah kita tidur kembali pada malam harinya entahkan berapa banyaak dosa yang kita telah buat. Jahillah seseorang yang beranggapan bahawa dia tidak pernah melakukan dosa dalam hidup sehariaannya. Kerana apa? kerana kita bukanlah seorang nabi, hanya nabi dan rasul yang mempunyai sifat 'maksum' iaitu tidak pernah melakukan dosa. Disebabkan kita tak pernah terlepas, malah sentiasa melakukan dosa, maka sewajarnya kita sentiasa bertaubat kepada Allah SWT. Sepotong hadis nabi ada meriwayaatkan bahawa orang-orang yang bertaubat dari dosanya itu seolah-olah dia tidak ...

Kelas tafsir

Berkesempatan mengikuti kelas tafsir hari ini. Allhamdulillah.. walaupun hanya sejam lebih tapi cukuplah berada dalam majlis ilmu yang begitu disukai oleh Allah SWT.  Surah an-naml hari ini adalah surah 'semut'. Sungguh indah andai al-quran dapat kita fahami dan pelajari tafsira dan kisah-kisah disebaliknya. Semoga kita diberi kesempatan untuk mempelajarinya. Semut pun mengetahui bahawa seorang Nabi yang diutus Allah tidak akan membuat sesuatu yang tidak baik. Kisah yang mengupas bagaimana raja semuat telah berkata kepada ahlinya agar masuk ke sarang masing-masing agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya sedangkan mereka tidak sedar. Nabi Sulaiman yang mendengar kata-kata itu tersenyum dan bersyukur kerana di beri nikmat iaitu kebolehan memahami bahasa haiwan.  Nabi Sulaiman adalah putera kepada Nabi Daud, keduanya-dua adalah pemerintah yang hebat sebagaimana yang diceritakan dalam surah ini. Nabi Daud mempunyai suara yang sangat merdu, dapat melun...