Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Mengambil angin malam di putrajaya

Malam minggu biasalah lepas makan di kedai kawasan rumah terus ambil angin sekitar Putrajaya. Sebelum tu cari tiket bas dulu ke Kelantan untuk 'maid' yang dah tak sabar mungkin untuk pulang ke kampung. Fi rst  time mencari tiket di Putrajaya Sentral ni, itupun google tadi, kalau tak, tak tau gak. Senang dekat sikit nak hantar maid balik. Yang pasti sudah kupesan dengan mama untuk mencari calon lain pula untuk mengisi kekosongan jawatan yang akan kosong pada awal tahun baru ni. Mmm, nasib badan, dahlah staff yang kusuka telah pun menghabiskan tugasnya semalam. Menyambut tahun baru sekali dengan pekerja barulah semua gamaknya... Singgah di Masjid Besi Putrajaya. First time masuk sebab tak tahan nak ke toilet. Wah, luas dan besar betul dalamnya. Ala-ala masjid negara gaklah kiranya. Nak ke toilet pun penat berjalan hahahha. Tapi yang pasti, bersih. Lepas tu, sebelum balik sempat singgah kedai-kedai makan yang dekat dengan dataran putrajaya tu.  Tempat makan yang s...

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner. Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann... huhu...saya comot yummy... Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu... dah siap untuk check out my hero merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini. Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi. pintu masuk kakak je, adik takut pema...

Hikmah di sebalik kehadiran ahli baru

Berbalik kepada post mendidik anak yang kutulis sebelum ini, setelah kurenung dan kuingat kembali... antara sebab aku sentiasa memarahi anak-anak adalah stress dengan kerjaku, balik pula dari office, tugas-tugas mengemas rumah dan anak-anak ku ambil alih tanpa bantuan. Malah, ketegangan emosi dan kewangan juga antara sebab. Lantas, aku tidak bole mengawal amarahku dan anak yang terkena tempias. Malah, badanku yang turut menjadi terkesan dengan stress tersebut makin membuatkan aku tak bole mengawal emosi. Kesimpulannya kehadiran ahli baru dalam keluargaku sebenarnya turut membantu emosiku agar sedikit teratur. Sesungguhnya, dia juga salah satu hikmat yang berlaku dalam hidupku...

Bercuti di Langkawi (Pantai Cenang)

Pun di pantai ni, aku tak mandi gak sebab dah petang sangat, aku ni kalau sekejap je, mmm baikla tak payah. Nak tukar baju pun dah amik masa. So layan je diorang mandi. Lagipun kalau aku mandi siapa pula yang nak tengokkan beg duit, kamera dan lain-lain barang ni. Ramai orang kat pantai ni, masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Yang dapat aku perhatikan, mandi-manda di pantai ni sebenarnya seronok ramai-ramai dengan keluarga. Gurau senda dengan ketawa tatkala ombak menolak diri masing-masing, semua wajah mempamerkan senyuman dan juga ketawa.. tinggal saya sorang, kakak dah mandi budak berdua ni tak lepaskan peluang main pasir cantik pemandangan sunset

Bercuti di langkawi (Telaga Tujuh)

Gimik je, telaga tujuh tu, manalah adaa aku dan anak-anak nak sampai sana hahaha. Nak sampai ke air terjunnya pun lah dah terkulat-kulat berjalan kuikui. Gambaran perjalanan kami ye.. emir tak sabar nak mendaki, tinggi wei.. telagaa tujuh atas lagi ye, yang air terjun pun belum sampai lagi masa ni, jauh benor turun pula.. dari jauh sudah nampak fuhhhh cantiknya, alhamdulillah sampai gak Sejuknya bila dah sampai kat air terjun ni, daripada berpeluh-peluh mendaki dan menuruni serta mencabari hahahha, akhirnya bila sampai sini lega teramat... Cuma yang tak bestnya tempat tukar baju amat tidak diselenggara, jadinya aku tidak dapet mandi huhuhuhu, sedih... layan je si bidak berdua ni yang seronok sakan. sejuknyer.. best kakak cakap subhanallah bukti kekuasaannya Setelah bebudak ni kesejukan, maka kami pun bersiap-siap untuk pulang. Di pertengahan jalan hujan pula, nasib baik kami dah separuh jalan huhu, tadi ramai gak orang yang baru terme...

pagi-pagi sudah geram

Bila ada ahli baru yang tiba-tiba muncul dalam hidup kami sekeluarga dan tidak dapat kesedaran tujuan hidupnya ke mari, bagaimana? Bila dirinya sudah tidak boleh menerima kata-kata arahan, bagaimana? Aku menawarkan tempat di rumah ini untuk membersihkan rumah dan membuat apa-apa yang patut memastikan rumah bersih. Tetapi bila keluarnya dari  bilik  hanya 8.30 pagi, what do u expect to do when at 10 am u are transfering to other house? Dari stressku penat mengemas rumah berkurang, tambah pula stress dengan perilaku orang yang tidak reti menerima arahan. sudahlah duit bayaran dia pun perlu kusediakan. Last decision, baik aku buang terus stress ni dgn menghantarnya pulang!

Mendidik anak

Sedih melihat sifat kebinatangan seorang bapa tiri yang mendera anak tirinya yang hanya berumur setahun (jika tak silap) sehingga meninggal yang dipaparkan di tv baru-baru ini. Apalah yang dia tahu, dia hanya seorang budak.. budak yang masih tidak faham apa-apa selain dari keseronokan bermain. Aku sempat melihat rakaman video yang ditunjuk di tv. Sungguh memang aku tak sanggup melihat lama... dan aku juga rasa turut berdosa kerana pernah memukul anak-anakku time aku stress dulu. Mungkin usia juga menjadi punca, semakin kita melewati usia semakin kita akan sedar betapa bodohnya segala tindakan kita dahulu yang terlalu mengikut perasaan amarah. Sedang sepatutnya hanya istighfar yang perlu meniti bibir kita  saat itu.  Memang benar tugas ibubapa untuk membesarkan dan mendidik anak bukanlah tugas yang mudah. Malah menguji kesabaran yang amat kuat. Sedang sebagai ibubapa, kita juga menghadapi masalah lain di luar sana. Tetapi perlukan anak yang menjadi mangsa? budak yang...

Bercuti di langkawi (part 4)

Pada 13/12/2012 Underwater World Ok selepas swimming di kolam hotel tadi, kami siap-siap untuk memulakan aktiviti menerjah seluruh langkawi kuikui... destinasi kedua kami selepas dataran lang adalah underwater world. Dua orang budak ni pastilah tersenyum kegirangan. Macam-macam ikan ada, aku tak tengok sangat banyak melayan kerenah budak-budak ni je. Jom kita tengok ikan-ikan dan haiwan lain yang ada di sini k. adik kusyuk tengok ikan parrot biru kuning haha itik kat belakang tu ikan apa ni tak sempat tengok namanya penguin yang comel kat atas pun ada fish kenangan di sini gambar ni lah yg kami abadikan pada tshirt cantik tak ikan kakak pun nak snap gambar ikan Itulah sahaja gambar-gambar di underwater world. Tak sepanjang aquaria di KLCC, tapi yang penting anak-anak seronok.  Kemudian kami bergerak menuju ke Oriental Village. Oriental Village Sepanjang perjalanan ke sana, sempat snap gambar pemandangan ni. Cantik tak. ...