Skip to main content

Taman - Library -Taman?

Kalau semalam kami ke taman tasik cyberjaya, hari ni pula aku dan anak-anak berjogging di taman bukit jalil. Awallah sikit sampai hari ni hehe, sampai je terus panaskan badan sikit dan berlari anak. Dapatlah gak 45 minit exercise mengeluarkan peluh hari ni. Budak-Budak pun sempat main slide yang besar juga tapi laaagi banyak di taman ni.

muka baru bangun tido

sporting betul budak berdua ni

adik yang ketinggalan sebab penat

Kat sini ramailah orang berbanding cyberjaya. Well, we have fun also this morning. At least, anak-anak ok bila aku kejut di pagi hari untuk exercise. Diorang seronok bila dengar je 'taman'...

Pemandangan taman yang kehijauan

Nak juga try orang dewasa nya tempat senaman

slide yang besar

Dah penat berlari dan dek dahaga barulah budak berdua ni nak masuk kereta. Adik kelihatan amat penat, kesiannya... sampai dia sendiri boleh cakap 'adik demam la ma'... tapi sekejap je. Sampai rumah je terus aktif balik.

Selepas rehat sekejap dan menikmati sarapan, kami bersiap dan terus ke perpustakaan raja tun uda. Apalagi, seronoklah kakak dan adik. Dah agak lama tak datang, seronok sakan. Macam-macam gelagat diorang aku snap. Baca sikit je, main yang banyak. Tapi adik dan kakak sempat beraktiviti dan berjaya menghasilkan rama-rama kertas dengan dibantu oleh mama...

cheh mula-mula datang ok lagi baca buku

Dah mula main

ada dua ekor kuda yang cantik disediakan

masa ni orang tak ramai

Sempat sambar seekor kuda

pentas yang disediakan di dalam library bahagian kanak-kanak
Bahagian kanak-kanak memang didekorasi dengan cantik bahagian dalamannya. Memang kanak-kanak akan seronok belajar sambil bermain hehe (betul ke ayat aku nih..) dan yang penting amt luas untuk memuatkan ramai orang termasuk ibubapa bagi seorang kanak-kanak.... (luaslah ibaratnya)

ini pula bahagian belakang library menuju ke kafetaria

ada tasik. cantikkan..

peminat spiderman

dari jauh nampak masjid shah alam.. tenang

Selepas bersantai di perpustakaan tun uda shah alam ni, hubby ajak pula ke Taman Tasik Cyberjaya. Aiikkk, semalam baru je pergi. Layan jeee...

kakak macam boy

adik tunjuk apa?

Pakcik library tanya, ini kakak ke abang? hahaha

nice pose 

bertiga je..
Semalam datang jogging, hari  ni datang untuk bawa anak-anak main. So tengoklah diorang main sambil mama dan abah layan aiskrim. Sempat gak makan nasi, bekalan daari rumah hehe...

Dah penat, adik macam biasalah dah tak nak jalan. Abah dukung sekejap, mama gak yang jadi mangsa huhuhu....

budak yang kepenatan


Comments

  1. kakak dah mcm lelaki. tmbh pulok dgn rmbut tu. haha

    ReplyDelete
  2. Biarla dia tomboy sekejap sebb x gheti nok jago rambut lg...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Belajarlah hingga ke akhir nafasmu

 Rabbi zidni ilman Doa yang patut kita amalkan kerana hidup ini tak akan pernah lari dari pembelajaran.. Even ke akhir usia kita, tak akan mampu kita untuk meneroka semua ilmu Allah. Zaman beredar, segalanya berubah tapi tetap kita akan utuh dan teguh jika ilmu di dada terus ditambah, dibaja dan disemai. Setelah sekian lama, kembali lagi ke kelas begini walaupun di usia ini.. Tapi alhamdulillah, datang ke sini.. di samping dapat ilmu tiktok, dapat juga sedari besarnya kasih Allah. Tak sangka lagu lama ni begitu membekas di hati hari ni. Masa remaja dulu, lagu sekadar dengar tanpa faham. Tapi tersentak hari ini bila mengulang-ulang ayat .. bila kusedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila terkeliru kuucap namamu.. terasa diriku kembali dipandu.. engkau yg pertama tiada akhirnya..

Aroma village restaurant seri kembangan

Selepas bermain sakan di kidzoona, jaya jusco taman equine, budak berdua ni terus lapar lagi. Singgah retoren yang baru di buka dalam jaya jusco ni tak jauh dari food court. Ini kali kedua menyinggah. Kakak request nak nasi goreng lagi. Pertama kali masuk, mula-mula tengok harga lah kan... agak priceyla.. kiranya harga lebih kurang makan kat domino or pizza. Tapi makanan best juga. Hari ni abang makan roti jala, mm kari ayam sedap.. oklah dengan 4 keping roti jala yang agak cubby. Mama masih lagi sukakan nasi goreng nyonya. Yummy! Overall, walaupun makanan sedap tapi sekali sekala boleh lah ye anak-anak. Tak larat mama macam ni makan tiap2 minggu huhuhu...