Skip to main content

Bercuti di Langkawi (Final episode)

Selepas penat berendam di pantai cenang tu, kami singgah lagi di restoren Hj Ramli untuk dinner.



Selepas dinner, jalan-jalan area citu gak mencari cenderahati tuk kengkawan. Banyak sangat kedai sepanjang jalan ni, tapi hati-hati kebanyakan harga yang ditawarkan untuk orang asing berbeza dengan orang tempatan. Jalan punya jalan, singgah makan aiskrim pula, layaann...

huhu...saya comot

yummy...

Dah penat berjalan. Balik jommm. Esok pagi-pagi dah bangaun untuk check out, ada lagi agenda yang menanti huhu...

dah siap untuk check out

my hero

merenung jauh sebelum meninggalkan bumi langkawi huhu
Kami ke Haji Ismail Group untuk memborong coklat, besalah datang langkawi terkenal lah dgn coklat murah. Pinggan mangkuk branded pong biasa orang borong kat sini.

Setelah memborong coklat yang tak seberapa itu, kami meneruskan perjalanan pula ke Makam Mahsuri. Sampai gak sebab dah tersesat sampai ke mana tadi.

pintu masuk

kakak je, adik takut

pemandangan bawah rumah mahsuri

belakang isya adalah perigi mahsuri
Panas betul masa ni cuaca, so selepas membeli kuih yang kupanggil 'telinga kling' yang sememangnya enak bangat, jalan-jalan dan terus masuk kereta. Ramainya orang masa ni... berpusu-pusu yang baru nak masuk. Seterusnya kami ke Bird Paradise Wildlife Park, kesukaan budak berdua ni sebelum ke airport.


pintu masuk lagi dah bergambar

bangau oh bangau
boleh cuba beri makan

arnab yang amat jinak

kakak tak lepaskan peluang
Seronok kakak dapat memegang arnab yang jinak dan comel di sini. Tak ramai pun orang datang ke sini, tiket masuk lebih kurang nak masuk underwater world je. Budak-budak seronoklah datang tempat macam ni. Dah keluar, terus kami ke airport. Pulangkan kereta sewa dan waiting for our flight. Tapi sempat makan dulu di Marrybrown.

nampak aje helang, nak bergambar

budak kecoh kat airport

gelagat budak berdua

dah sedia tuk balik

bye bye

alhmdulillah, masa tuk balik rumah

Comments

  1. apa macam, seronok tak p langkawi? byk borong pinggan dan periuk tak ^_^

    ReplyDelete
  2. Takdelah ceqgu, borong coklat je ckit. Pinggan mangkuk baru je beli huhu... Mmg niat utama tuk makan angin je hehe.. Anyway tq singgah blog ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. alamak..kenapa saya xleh tgk gambar2 nya..rugi la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Suraya Seafood yang jem dan padat

Tempat ni agak sentimental sikitlah bagi mama sebab dari lepas keluar universiti, praktikal masa tu terus kenal suraya seafood yang 'heaven' ni bak kata penggemar makanan. Dari dulu lagi memang ramai sangat customer huk!huk! Sampai sekarang of course lah bertambah-tambah lah ramainya kan. Jangan terperanjat kalau datang sini tengok masing-masing kena tunggu orang lain habis makan, tunggu tempat duduk tau. (Pack sangat sampai tak cukup tempat duduk) Dari dulu sampai sekarang camtu.  Dulu-dulu selalu datang makan, so diorang pun dah kenal mama, bolehlah minta tolong diorang carikan meja, lagi cepat... tapi sekarang dah bertahun-tahun tak ke sana, pekerja pun ramai yang dah lain.. tak ingat dah masing-masing hihi.. Apa yang best sangat kat suraya seafood kg. Baru ni? Haaa... jangan tak tau, makanannya semua sedap. Dari sekecil-kecil sambal belacan 'pink' yang unik sampailah lauk-pauk yang besar-besar. Kat sini juga ada mee celup yang lazat. Tak lu...

Etok, jajan paling best di kelantan

etok Kelantan pun ada jajan/snek yang best sangat tau, namanya 'ETOK'. Kalau orang kelantan rasanya jarang yang tak kenal dengan 'etok' ni. Antara makanan paling best dan boleh dapat di kelantan je dan boleh dapat juga di Thailand. Masa tengah tulis ni pun dah kecur air liur bestnya grrrr... Etok ni biasanya di salai dengan rempah rempah tertentu dan menjadikan rasanya lemak masin dan manis. Pernah juga 'viral' sebelum ni gerai etok yang paling best di tumpat, tak menang tangan gerai tu. Cara makannya, boleh buat snek atau jajan. Ratah macam tu je sambil-sambil tengok tv atau berborak. Ada juga yang buat lauk, makan dengan nasi putih. Tapi partner yang paling kamceng, 'nasi kerabu' lah. Fuhh! cuba rasa nasi kerabu dan etok, memang mabeles sangat. Rupo etok ni macam dalam gambar kat atas tu. Ala-ala kerang atau remis tapi strucktur dan bentuk kulit  tu berbeza lah.

Menolong Agama Allah-Perjuangan Bermula Lagi

Pernah kudengar sebelum ni dari tazkirah, salah satu cara untuk murahkan rezeki kita ialah dengan menolong agama Allah. Luas pengertiannya dan juga banyak caranya untuk kita menolong agama Allah.  Menolong saudara seislam kita yang dalam kesusahan apatah lagi membantu saudara terdekat kita, segala-galanya mencakupi pengertian menolong agama Allah.  Apatah lagi jika melibatkan umat Islam keseluruhannya, melibatkan masyarakat sekeliling kita. Jom kita menolong agama Allah...